Tuesday, April 8, 2008

AUKU bukan alasan


Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN



KENYATAAN awal Menteri Pengajian Tinggi untuk menilai semula pelaksanaan dan asas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 memerlukan perhatian dan pemerhatian yang ikhlas dan menyeluruh.


Mahu tidak mahu, AUKU masih lagi menjadi ‘isu politik’ yang lama dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya membayangkan suasana kampus yang serba derita kerana tidak punya kebebasan.


Apakah itu sebenar-benarnya yang berlaku di universiti? Tidak ada percambahan pemikiran? Anak muda yang terlalu terkongkong pemikirannya sehingga men- jadi jumud dan lemah? Para pensyarah yang serba tidak mampu berkata-kata langsung atas nama kebebasan dunia akademik? Kewujudan satu generasi yang serba ‘bisu’ dan tidak punya idealisme? Benarkah dunia universiti menjadi semakin sembap dan lesu?


Pandangan penulis mungkin berbeza sedikit. Pengalaman belajar dalam suasana AUKU yang sama – penulis dan rakan-rakan rasanya tidak terlalu rasa diperbodohkan oleh AUKU. Dalam satu aspek, wujud kebebasan yang nyata untuk kita berinteraksi secara cukup terbuka dengan para pensyarah.


Kurang juga rasanya sekatan yang dirasakan. Atau pihak tertentu lebih melihat AUKU melalui tingkap pandangan ‘Seksyen 15' yang membatasi sedikit penglibatan aktif mahasiswa dalam ‘politik’. Apakah ini yang menyebabkan minda mahasiswa kita lesu dan sembap?


Seksyen 15, AUKU menyatakan secara jelas tentang larangan berikut: “Pelajar atau Pertubuhan, Badan atau Kumpulan Pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan-persatuan dan sebagainya, kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah perlembagaan atau diluluskan oleh Naib Canselor.”


Dinyatakan secara terang bagaimana seorang pelajar universiti tidak boleh menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja; sama ada di dalam atau luar negara – kecuali sebagaimana diluluskan oleh Naib Canselor.



3 comments:

hisommudin said...

Salam Bro,
Macam mana dengan persiapan PRK akan datang? ASPIRASI sudah bersedia ke?
Adakah Tsunami Politik yang berlaku di peringkat nasional akan melanda ke dalam politik kampus nanti?
Kita berkomentar yah...

NewEraStudent said...

talking about auku,visit my blog too.. malaysia-and-student.blogspot.com ..thanx..

zainulfaqar said...

Salam Bro!

Laksanakanlah debat terbuka. Boleh guna proksi BTN ka, KPT, ASPIRASI ka?

Buatlah di mana2 Universiti. Ini tidak, dalam Minggu Haluan Siswa, kamu hentam saya dengan pelbagai fitnah di depan freshe2.

Marilah lah berdebat dan berwacana secara rasional dan jujur. Biar mahasiswa yang menilai perbahasan akademia kita!

Panggil di mana2 pentas, saya akan cuba datang!