Saturday, January 26, 2008

Tunggu dan lihat siapa calon PMN dalam PRK ke 12

Tunggu dan lihat siapa calon PMN dalam PRK ke 12

Jabdin bin Juhat
pemikirmahasiswaonline@yahoo.com

Bukanlah sesuatu yang baru jika terdapat mahasiswa yang berminat dalam politik. Semasa penulis menjadi aktivis mahasiswa tahun 2000 majoriti juga pemimpin mahasiswa memilih jalan yang kontra dan berhubungan secara terus dengan pihak pembangkang. Penulis sendiri pernah menghadiri majlis perjumpaan pemimpin pembangkang di Sabah yang ketika itu dihadiri oleh Mahfuz Omar (Pada masa itu Ketua Dewan Pemuda PAS pusat). Niat penulis ialah ingin tahu. Apa yang penulis perhatikan ialah ramai juga mahasiswa UMS ketika itu hadir sebagai pemungut wang derma kantong PAS untuk membantu Mahfuz. Itu baru dalam situasi majlis belum lagi unsur lain di belakang tabir penglibatan parti politik pembangkang. (Ialah sokongan ini secara kebetulankan...)

Bukanlah sesuatu yang baru juga jika mahasiswa pro pembangkang terus mencabar kerajaan. Ramai juga kalangan mereka sekarang yang telah menjadi pegawai kerajaan seperti Pegawa tadbir dan Diplomatik (PTD) dan pegawai JAKIM. Dulu mereka kata haram kerajaan!!! Sekarang mereka bersenang lenang dengan apa yang mereka kata haram itu!!! Mereka ini dulu adalah orang yang lantang bersuara menyalahkan kerajaan dan AUKU tetapi akhirnya menyembah kerajaan semula kerana untuk hidup. Setelah menjadi pegawai kerajaan barulah mereka sedar bahawa menjadi wakil rakyat kampus setahun itu tidak mencukupi menandingi wakil rakyat yang berkhidmat selama 3 penggal. Malah begitu ironik ada mereka yang berkelulusan undang-undang dari UKM dan UIA tetapi akhirnya menutup mulut dan senyap serta akur bahawa memang AUKU adalah perlu. Mengapa agaknya dulu mereka berani menentang dan sekarang tidak?

Penulis boleh senaraikan semua bekas pemimpin mahasiswa yang mengutuk kerajaan dulu dan kini berkhidmat dengan jabatan kerajaan. (Tetapi biarlah buat masa ini tidak disenaraikan).

Pada tahun 2004, bekas Presiden MPPUIAM Ahmad Fazli Ramli bertanding sebagai calon PAS DUN Tioman Pahang dan bekas pemimpin PMIUPM Nazri Din Batu Gajah di Perak. Namun kedua-duanya tewas dan kehilangan wang pertaruhan. Kemungkinan dalam pilihan raya ke 12 bekas pemimpin mahasiswa ini akan bertanding semula cuma tidak dipastikan adakah atas nama Parti Mahasiswa Negara, BEBAS atau parti PAS. Persoalan yang lebih menarik jika PMN akan bertanding dalam PRK mengapa sahaja graduan seperti Fazli Rami, Abdullah Abdul Karim, Amin Idris, Nazri Chik dan lain-lain tidak bertindak mendaftarkan PMN?

Mengapa budak hingusan PMIUM yang belum menghabiskan pengajian seperti Azlan Zainal bertindak sebagai Pengerusi Penaja parti? Tidakkan mereka menyedari bahawa pendaftaran PMN pasti tidak akan diluluskan? Sungguh ironis.

Lantaran itu pembentukkan PMN pada penulis adalah satu gimik sahaja. Kata Azlan Zainal Pengerusi Penaja PMN "Ini bukan gimik, kalau gimik takkan kami hendak mendaftarkan parti ini dan kami pun bersedia bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,". Penulis anggap ia biasa sahaja. Sekadar publisiti murahan untuk melonjakkan nama. Apa sahaja ulasan pihak luar atau mana-mana pemimpin penulis anggap ia sekadar pandangan sahaja tidak perlu dihiraukan.

Kita tunggu dan lihatlah. Kalau adapun yang bertanding calon BEBAS penulis amat yakin mereka ini akan kehilangan wang pertaruhan. Oleh itu penulis tidaklah hairan jika mahasiswa PMIUM, GAMIS, BBMN dan lain-lain lagi mencuba nasib dengan pelbagai nama atau parti yang boleh disertai.

Siapa calon yang akan bertanding akan datang?

Siapakah agaknya calon PMN? Mungkin juga calon PMN ini akan menumpang kasih sebagai calon parti PAS. Ada beberapa nama yang boleh disenaraikan seperti Abdullah Abdul Karim, Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa PAS (dulu adalah bekas Presiden MPP UKM), dan Amin Idris (bekas jentera mahasiswa UIAM ). Mungkin mereka menjadi calon yang sesuai. Pengerusi PMN Azlan Zainal (UM) tidak sesuai melainkan beliau melepaskan pengajian di UM atau Shuhada (UM), Dzulkhairi (UM), zainulfaqar (UM) dan lain-lain lagi. Mior Isfandy pula dikatakan masih lagi menjadi mahasiswa UIAM.

Siapa pun calonnya penulis menunggu dengan penuh minat. Banyak perkara yang akan dibincangkan selepas ini jika PMN berjaya didaftarkan sebagai parti? Siapa pengerusi parti yang layak? Dari mana dapat dana parti?

Apapun penulis lihat...ia jauh lebih dari gimik dari realiti.

Tuesday, January 22, 2008

PMN mahu cabar Tokpa di Jeli?

Jabdin.J


Sekali lagi PMN membuat lawak jenaka songsang yang menghiburkan. Malaysiakini melaporkan tentang cabaran PMN tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Politik PMN Amirul Faiez Hamdi ( kena tengok budak ni dah habis mengaji ke belum) membuat kenyataan kerana tidak berpuas hati dengan Tokpa. Mula-mula penulis merasakan Azlan Zainal , Exco PMIUM yang meluahkan bicara ini rumahnya ada budak baru mencelah dalam drama PMN ini. Kata Amirul Faiez Hamdi "PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan Tokpa yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa.


Rasanya agak membuang masa bersemuka dengan pimpinan mahasiswa yang tidak dipilih oleh rakyat kampus. Lagipun begitu jelas bahawa


i.) Seksyen 15, AUKU 1971Larangan pelajar atau pertubuhan terlibat dengan persatuan/pertubuhan luar dan,


ii.) Dibawah Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti (universiti masing-masing)iaitu Menganjurkan perhimpunan, menggunakan pembesar suara,penggunaan sepanduk, kegiatan pelajar luar kampus dan representasi berhubungan dengan universiti (Imej dan nama baik universiti) bersalahan dengan undang-undang sedia ada. Inikan pula mahasiswa yang mahu menubuhkan parti.

Penulis amat jelas bahawa mana-mana mahasiswa yang layak mengundi dalam pilihan raya umum ini bolehlah meneruskan kewajipan mereka sebagai pengundi. Anda mempunyai hak sebagai pengundi. Pilihanlah kerajaan yang anda mahu. Yang tidak boleh dan menjadi kesalahan ialah menjadi petugas pilihan raya umum, bersekongkol dengan parti politik dan menjadi calon pilihan raya umum. Jika ada sesiapa yang bertindak menjadi calon silalah..anda dibenar tetapi berhentilah sebagai mahasiswa dan bertindak sebagai calon BEBAS yang tidak terikat dengan peraturan sebagai mahasiswa di negara ini.

Belum ada lagi mahasiswa yang berhenti belajar dan menjadi calon pilihan raya secara bersungguh-sungguh. Elok juga kalau ada yang berani dan sanggup meninggalkan pengajiannya. Setakat ini bekas mahasiswa seperti Nazri Din (Exco PMIUPM) dan Mohd Fazli Ramli (Presiden MPP UIAM bertanding di Tioman) pun tewas di kawasan masing-masing. Agaknya mereka belum cukup hebat lagi kot!!!.

Macam penulis katakan sebelum ini....” Diri sendiri belum memiliki Ijazah sudah bertindak seperti wakil Rakyat. Diri sendiri belum terurus sudah berlagak mahu membela rakyat. PMN katanya akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 12. Kerusi pilihan raya Malaysia ialah 219 (sekarang 222). Mahu majoriti besar mesti mempunyai 146 kerusi untuk memerintah negara. Bolehkah mahasiswa menyediakan calon-calonnya? PAS parti mentor GAMIS/ PMN dalam tahun 2004 pun hanya meletakkan calon sebanyak 85 kerusi sahaja dan hanya menang 6 kerusi (PAS pun tak larat nak letak 219 calon) , PKR pula meletakkan 58 calon dan menang 1. Agaknya berapa calon dari Parti Mahasiswa Negara The Gimik? Berapa agaknya wang yang mereka ada untuk bertanding? kalau mereka ada wang siapa yang beri wang tersebut? adakah pihak luar? atau parti dalam negara?

Marilah kita saksikan sama-sama. Penulis pun mahu bertindak selaku pengulas dan penganalisis kerusi mana-mana 219 Parlimen dan lebih 500 DUN yang boleh dimenangi oleh PMN. Tidak sabar rasanya melihat budak hingusan yang belum dapat ijazah ini terlompat-lopat dalam pilihan raya. Bagi mereka atau PMN yang tidak berpuas hati janganlah marah penulis hanya menghayati nikmat sebagai blogger yang bebas bersuara. Penulis kan ahli Blogger United!!!

Sunday, January 20, 2008

PMN dengan Gimik Politik Terdesak!!


Bolehkah seorang Mahasiswa yang belum menamatkan pengajian mahu menubuhkan sebuah Parti? Gambar di atas: Mahasiswa UM Akademi Pengajian Islam. Diri sendiri belum memiliki Ijazah sudah bertindak seperti wakil Rakyat. Diri sendiri belum terurus sudah berlagak mahu membela rakyat. PMN katanya akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 12. Kerusi pilihan raya Malaysia ialah 219 (sekarang 222). Mahu majoriti besar mesti mempunyai 146 kerusi untuk memerintah negara. Bolehkah mahasiswa menyediakan calon-calonnya? PAS parti mentor GAMIS/ PMN dalam tahun 2004 pun hanya meletakkan calon sebanyak 85 kerusi sahaja dan hanya menang 6 kerusi (PAS pun tak larat nak letak 219 calon) , PKR pula meletakkan 58 calon dan menang 1. Agaknya berapa calon dari Parti Mahasiswa Negara The Gimik? Berapa agaknya wang yang mereka ada untuk bertanding? kalau mereka ada wang siapa yang beri wang tersebut? adakah pihak luar? atau parti dalam negara?

PMN Gimik

Gamis, BBMN dan SMM telah mengadakan demonstrasi haram di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Putrajaya pada 7 Januari 2008. Mereka mengadakan demonstrasi bertujuan untuk menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Kerana publisiti teknik PMN ialah mengadakan domonstrasi didepan SPR walaupun SPR bukanlah badan yang meluluskan penubuhan sebuah parti. Mungkin disebabkan kesedaran kebangangan itulah maka selepas itu barulah mereka pada 18 Januari lalu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Putrajaya sekali lagi. Parti Mahasiswa Negara (PMN) melahirkan hasrat meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini.


Menurut Jurucakap PMN Mior Isfandy Mior Azizan, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik. PMN katanya dalam proses untuk mendaftarkan parti sebagai sebuah pertubuhan siasah dan sekarang bergiat atas nama persatuan (GAMIS).

Wakil PMN Mior Isfandy Mior Azizan telah ditemubual oleh wartawan asing dan disiarkan secara langsung melalui media Malaysiakini.com. Ini adalah jelas menunjukkan mahasiswa cuba dihasut oleh agen luar.

Alasan GIMIK PMN

PMN berkata mereka hilang kepercayaan terhadap parti-parti politik sama ada parti kerajaan atau pembangkang yang ada pada hari ini. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka. Suatu kenyataan yang berani dari anak didik perkaderan pembangkang terhadap mentor mereka di Taman Melewar. Bayangkan pertubuhan haram perkaderan pembangkang seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) (kecuali Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), mendakwa mereka adalah badan yang bebas!!
Pelopor-pelopor PMN Sekumpulan mahasiswa yang tidak menghabiskan pengajian di UM bersama dengan rakan-rakan mereka bertindak mengajar parti-parti yang ada dalam negara ini. Kumpulan PMN yang didominasi PMIUM ini mendakwa mereka adalah suara rakyat. Mereka berjuang untuk kebajikan rakyat. Ijazah Sarjana Muda belum ada digenggaman sudah pandai mengajar orang lain yang lebih tahu dan matang mengenai politik. Di sini penulis paparkan mengenai latar belakang pelopor PMN. (Berdasarkan gambar yang disebarkan dalm Internet)


Mahasiswa diperalatkan.


Gambar Tengah: Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali- Pengerusi SMM dan Exco PMIUM. Bekas Pelajar Nilam Puri dan sekarang Mahasiswa API. Mahasiswa tahun 3. Beliau merupakan mastermind mana-mana demonstrasi mahasiswa di Malaysia termasuk membawa mahasiswa demonstrasi 10 November (BERSIH). Beliau sering menjadi jurucakap demonstrasi. (Seperti dalam gambar)





1.) Azlan Zainal – Exco Akademik PMIUM. Mahasiswa API UM tahun 3. Banyak terlibat dengan demonstrasi jalanan di Malaysia bersama Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali. Beliau telah membuat demonstrasi sekali lagi bersama PMN di depan pejabat ROS untuk mendaftarkan PMN

2.) Nursyuhada Mustaffa- Pengerusi Siswi PMIUM/ Timbalan Helwani GAMIS. Mahasiswi Fakulti API dan Sains Gunaan. Mahasiswi tahun 3 UM. Beliau mastermind membawa bersama dalam demo atau gerakan.




Pengajian tidak tamat lagi di Universiti mahu bertindak sebagai wakil rakyat. Diri sendiri pun belum terurus ini kan pula mahu mengurus rakyat


Implikasi Gimik PMN

1. Mengheret mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia terlibat dengan politik kepartian. Tidak akan memfokus kepada pengajian semasa di universiti.


2. Sebuah gimik mahasiswa pro pembangkang untuk mendapat simpati dan sokongan mahasiswa di negara ini.

3. PMN akan menjadi alat parti pembangkang di negara ini sekiranya pendaftaran sebagai parti diluluskan oleh pejabat pendaftar pertubuhan (ROS).

4. PMN sebagai organisasi yang mengancam keselamatan negara kerana kebanyakan ahli yang terlibat menubuhkan PMN adalah pertubuhan haram seperti GAMIS, SMM dan BBMN selain PMI yang banyak dikaderkan oleh PAS. Siri demonstrasi mahasiswa di negara ini banyak dipelopori kumpulan ini.

Mencadangkan kepada pihak Kerajaan/ IPTA masing-masing

Sebagai aktivis mahasiswa Malaysia yang sudah merasai bahaang tahun 1999 yang banyak merosakkan negara. Maka penulis mengesyor kepada pihak kerajaan dan ppihak universiti supaya mengambil jalan/langkah ini iaitu:-


1.) Tidak meluluskan pendaftaran organisasi seperti GAMIS, BBMN dan SMM termasuk pendaftaran Parti Mahasiswa Negara yang diasaskan oleh kumpulan ini. Mahasiswa Malaysia tidak boleh berparti ia jelas termakstub dalam AUKU.

2. ) Tindakan tegas menggunakan Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti (AUKU 1971) untuk mendakwa mahasiswa yang jelas melanggar undang-undang kerajaan. Seksyen yang bersesuaian ialah;

i.) Seksyen 15, AUKU 1971 – Larangan pelajar atau pertubuhan terlibat dengan persatuan/pertubuhan luar

ii.) Dibawah Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti (universiti masing-masing)
iaitu Menganjurkan perhimpunan, menggunakan pembesar suara,
penggunaan sepanduk, kegiatan pelajar luar kampus dan representasi berhubungan
dengan universiti (Imej dan nama baik universiti).

Demonstrasi haram dan cadangan penubuhan PMN adalah jelas bertentangan dengan Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti. Penglibatan mahasiswa dalam politik dan demonstrasi khususnya mahasiswa pro pembangkang seringkali menjurus kepada masalah ancaman keselamatan negara. IPTA seperti UM mesti berani mengambil tindakan tegas terhadap mahasiswanya yang jelas melanggar salah laku mahasiswa. Ia pernah dikuatkuasakandi UM pada tahun 2001 ketika kes Kebakaran Dewan Tuanku Canselor (DTC) dan kes majalah menghina pemimpin negara melalui majalah Varsity 2001 MPP UM. -JJ

Mahasiswa Aspirasi Menang Besar Pilihan raya kampus 2007/2008

MAHASISWA MALAYSIA MEMILIH KEDAMAIAN

2 Oktober- Akhirnya mahasiswa Malaysia memilih kedamaian, keamanan dan keselesaan apabila dalam pilihan raya kampus majoriti mahasiswa mengundi mahasiswa aspirasi dan menolak mahasiswa pro pembangkang. Mahasiswa aspirasi hanya kalah di UIAM. (namun UIAM tetap meningkat sebanyak 7 kerusi (25%).walaupun mahasiswa pro pembangkang (dulu media pembangkang menggunakan istilah ini) terus menukar taktik dari segi istilah nama dengan nama mahasiswa pro mahasiswa namun ia tidak sedikit pun mengelirukan mahasiswa Malaysia.

Penguasaan Aspirasi

Keputusan PRK 2007/2008 membuktikan mahasiswa aspirasi (PP) menguasai sejumlah 460 kerusi daripada 522 kerusi yang dipertandingkan atau 88.31%. Ramalan sebelum ini semasa penamaan calon mahasiswa aspirasi akan menang sejumlah 449 kerusi. Pada sesi 2006/07, mahasiswa aspirasi menguasai 449 kerusi sahaja, ini menunjukkan pertambahan sebanyak 11 kerusi atau sejumlah 2%.

Penurunan kerusi pembangkang

Mahasiswa pro pembangkang pula hilang sebanyak 30 kerusi berbanding sejumlah 80 kerusi dalam PRK 2006/07. Mahasiswa pro pembangkang hanya mendapat 51 kerusi sahaja dalam PRK kali ini. Ini menunjukkan pengaruh mahasiswa pro pembangkang semakin berkurangan di kalangan pelajar. Mahasiswa pro pembangkang hanya kuasai 9.77% kerusi MPP sahaja pada kali ini berbanding 15.32% pada tahun lepas.Secara puratanya, peratus turun mengundi di 15 IPTA yang bertanding ialah sejumlah 79.88%. USIM mencatat peratusan turun mengundi yang tertinggi iaitu sejumlah 96.71%.Di dua buah universiti, pengundian semula terpaksa dilakukan di fakulti dan kolej kediaman pada 3 Oktober 2007 dan 4 Oktober. Di UUM, pengundian semula di Fakulti Ekonomi, setelah kesilapan mencetak nombor dan gambar calon. Di UM, pengundian semula di Kolej Kediaman Ke-12 setelah terdapat bantahan adanya 3 orang pengundi hantu di kolej tersebut.

Kempen penuh keganasan di UM dan UKM


Pilihan raya kampus kali ini juga telah menunjukkan betapa mahasiswa pro pembangkang sangat terdesak berkempen sehingga sanggup bertindak berdemonstrasi dan membakar banner mahasiswa aspirasi (UM). Ini adalah bukti betapa mahasiswa pro pembangkang sangat mencontohi ayahanda mereka dalam Parti PAS yang baru-baru ini melakukan rusuhan dengan ganas di Batu Burok Terengganu.Peristiwa paling dayus ialah Syeikh Umar Bagharib, Pengerusi SMM (exco PMIUM) yang bertindak sanggup menampar seorang mahasiswi semasa kempen PRK. Sikap seperti ini menunjukkan PMI memang suka berkasar seperti yang dilakukan oleh Zainufaqar yang menumbuk pegawai HEP UM.

Di UKM persaingan begitu sengit antara mahasiswa aspirasi dan mahasiswa pro pembangkang. Dikatakan sehari sebelum pengundian Exco Pemuda PAS, Abdullah Abdul Karim, Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa PAS telah mengutuskan surat kepada mahasiswa UKM agar berani bertindak secara terbuka untuk menentang kerajaan dan mahasiswa aspirasi. (Surat disertakan sekali dengan parang kecil).Demonstrasi bermotosikal pada waktu malam oleh Mahasiswa pro pembangkang UKM jelas menunjukkan seruan Abdullah Abdul Karim disahut oleh mahasiswa pro pembangkang.

Kumpulan bermotosikal yang di pimpin oleh mahasiswa bersama Haswan (pelajar sains politik / org Kelantan) setiap malam melakukan pencerobohan di Kolej UKM sehinggalah malam akhir mereka berjaya menceroboh masuk Kolej Burhanuddin. Semua ini watak samseng yang dipelajari oleh mahasiswa pro pembangkang daripada PAS.

E-undi berjaya memenangkan mahasiswa pro pembangkang

Beberapa tuntutan mahasiswa pro pembangkang seperti memansuhkan E-Voting akhirnya terjawab apabila beberapa calon mahasiswa pro pembangkang di UPM (menang 3 umum dan 3 fakulti) dan juga UIAM menang dalam PRK 2007/2008 sekaligus membuktikan betapa undi melalui sistem E-voting adalah telus dan tiada penipuan.

sumber: copy paste: Idealis Mahasiswa

PERBEZAAN MAHASISWA ASPIRASI DAN PRO PEMBANGKANG


September ini mahasiswa universiti sekali lagi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk memilih pemimpin mereka di kampus. Bahang pilihan raya kampus sudah semakin terasa kini apabila beberapa risalah dan poster sudah mula disebarkan dalam kampus.

Tahun lalu mahasiswa Aspirasi telah berjaya menguasai IPTA kecuali Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mahasiswa Aspirasi telah menewaskan mahasiswa kumpulan pro pembangkang yang pernah mendominasi kampus seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS).

Selepas pilihan raya kampus 4 September tahun 2003 satu perubahan besar berlaku dalam sejarah politik pilihan raya kampus di Malaysia apabila akhbar media pembangkang sebelum itu seperti PAS sewenang-wenangnya menggunakan istilah pro pembangkang di muka depan akhbar mereka dengan memuji-muji kemenangan pro pembangkang terpaksa mengubah taktik dengan menukarkan nama mahasiswa pro pembangkang dengan istilah ‘Mahasiswa Idealis’(Harakah 5 September) untuk menutup malu di atas kekalahan pro pembangkang di 15 IPTA. Penguasaan mahasiswa Aspirasi ini berterusan sehingga sekarang.

Bagaimanapun terdapat mahasiswa yang masih keliru dengan istilah Mahasiswa Aspirasi dan Mahasiswa Pro pembangkang. Pada penulis perkara ini perlu dijelaskan agar mahasiswa di universiti tidak tertipu dan terpesong oleh mahasiswa pro pembangkang yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Bagaimana kita mahu mengenali perbezaan diantara kedua-dua kumpulan ini?

Nyah sampahkan gerakan mahasiswa era 70an yang tentunya berbeza dengan hari ini. Tahun 2003 sehingga sekarang merupakan era penguasaan mahasiswa Aspirasi di kampus. Budaya pilihan raya kampus dengan politik yang lebih rasional telah menunjukkan betapa mahasiswa Aspirasi yang menyokong dasar universiti dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka di kampus. Mahasiswa pro pembangkang pula membawa budaya politik emosional. Segala dasar universiti ditentang secara membuta tuli tanpa kajian.

Mahasiswa aspirasi amat jelas lebih suka berbincang dengan pihak universiti dan kerajaan jika terdapat isu yang berlaku yang perlu ditangani segera. Mahasiswa Aspirasi menjadikan program kebajikan menjadi fokus utama tetapi mahasiswa pro pembangkang lebih berminat dengan isu-isu politik disekeliling mereka khususnya yang melibatkan parti pembangkang. Mahasiswa pro pembangkang seringkali menubuhkan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan universiti atau pendaftar pertubuhan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), Universiti Bangsar Utama dan Persatuan Demokrasi Pemuda Malaysia (DEMA).

Bagi mahasiswa Aspirasi demontrasi bukanlah cara terbaik. Rundingan dan perbincangan tidak bermakna mencerminkan mahasiswa aspirasi takut. Ini mencerminkan kematangan mahasiswa Aspirasi sebelum bertindak.

Persoalannya mampukah demonstrasi mahasiswa menyelesaikan masalah? Demontrasi mahasiswa pro pembangkang seperti Demontrasi Mendesak PM Letak Jawatan pada november 1998 oleh GAMIS di lebuh raya persekutuan UM, Perhimpunan Haram Pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA tahun 2001 di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam anjuran GAMIS, PMIUM, dan MPMUM dan Demontrasi Mansuhkan ISA Masjid Negara 2001 anjuran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), PKPIM, GAMIS, PAS, DEMA dan UBU dipengaruhi oleh sentimen emosional telah merosakkan pemikiran mahasiswa. Mahasiswa pro pembangkang telah dperalatkan pembangkang dalam demontrasi ini. Inikah mahasiswa yang perlu dicontohi? Semua program mahasiswa pro pembangkang ini mencemarkan imej universiti di mata umum dan mengancam keselamatan negara sehingga terpaksa

Perbezaan paling jelas antara Mahasiswa Aspirasi dan pro pembangkang ialah dari segi program latihan kepimpinan. Mahasiswa Aspirasi menjadikan penglibatan dalam politik kampus sebagai medan latihan melatih kepimpinan. Gerakan mahasiswa pro pembangkang menjadi pusat perkaderan PAS di kampus seperti yang berlaku kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di IPTA.

PMIUM terbukti melahirkan pemimpin muda PAS melalui bimbingan latihan PAS seperti Mohd Hafeez Ab. Samad, Presiden PMUM 1999/2000 (bekas exco PMIUM) kini sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Agung PAS, Taman Malewar, Mohd Nazri Chik Timbalan Presiden PMIUM 1999/2000, dipilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 2005/07, Mohd Izwan Hj Mohd Yusof, Presiden PMIUM sesi 2001/2 menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden PMIUM sesi 1999/2000 yang menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Misbahul Munir Masduki , Presiden PMIUM sesi 1986/87 yang kini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Khoirol Anwar Mat Zuki @ Mat Sabu Presiden PMIUM sesi 2003/04 yang kini Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Ramadhan Fitri Ellias Presiden PMIUM sesi 2004/05 yang menjadi Presiden Gambungan Mahasiswa Semenanjung Malaysia (GAMIS) dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Pertubuhan haram yang menjadi pendokong PAS.

Di UPM, PMIUPM sudah melahirkan pemimpin PAS seperti Mohd Nazri Din, Naib Presiden PMIUPM yang bertanding sebagai calon PAS di DUN Kubu Gajah, Perak pada pilihan raya 2004. Semua ini jelas membuktikan betapa mahasiswa pro pembangkang adalah tempat perkaderan kepada parti politik khususnya parti PAS.

Oleh itu sama-samalah kita menolak mahasiswa pro pembangkang di kampus. Marilah kita sama-sama menyokong mahasiswa Aspirasi yang mendokong aspirasi universiti dan negara. Sebarang anasir yang merosakkan pemikiran mahasiswa seperti PMI yang direkrut untuk melatih pemimpin parti seharusnya ditolak secara muktamad. Janganlah kita mengkhianati universiti dan negara yang berjasa kepada kita.

AUKU Lemah?


Jabdin bin Juhat
Jabdin79@yahoo.com

Sahabat saya seorang peguam yang dulu aktif dalam kepimpinan mahasiswa berkata AUKU yang ada sekarang masih lebih dari segi membuat pendakwaan dan pelaksanaan kepada mahasiswa yang terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan peraturan universiti. Walaubagaimanapun AUKU tetap relevan sehingga hari ini dan tidak perlu dimansuhkan. Apa yang perlu katanya ialah memantapkan pelaksanaannya.

Saya bersetuju dengan pendapat itu. Terdapat banyak kes kesalahan mahasiswa tidak boleh didakwa menggunakan AUKU. Malah jika terbukti bersalah pun (melalui Kaedah-Kaedah Tatatertib) hukuman yang ada masih terlalu rendah berbanding apa yang diputuskan dalam AUKU itu sendiri. Ada kes di IPTA mahasiswa yang terlibat dengan pilihan raya umum 2004 jelas bersama dengan parti pembangkang tetapi hanya dihukum denda RM 200 ringgit.

Kata sahabat saya itu, Seksyen 15 AUKU yang ada hari ini masih kabur dan lemah dari segi melaksanakannya. Seksyen 15 AUKU yang menjadi punca penentangan mahasiswa sepatutnya dipinda seperti ini;

“ Tiada mana-mana pelajar atau pertubuhan pelajar, tanpa izin bertulis daripada Naib Canselor dan dibenarkan oleh Perlembagaan Universiti boleh menjadi ahli atau menyertai
(a) Mana-mana parti yang berasaskan politik;
(b) Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan;
(c) Mana-mana persatuan samada yang berdaftar di bawah
Pendaftar Persatuan atau tidak;
(d) Mana-mana kesatuan sekerja; atau
(e) Mana-mana organisasi tetap atau sementara di luar kampus Universiti;

Jika AUKU dipinda seperti diatas maka pelajar yang terlibat dengan kegiatan luar adalah lebih jelas. Mahasiswa dilanda sindrom tidak habis membaca AUKU. Segala aktiviti yang dianjurkan yang dilarang oleh AUKU masih boleh diadakan dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor. Berapakah mahasiswa yang menyedari hal ini? Penganjuran aktiviti pembangkang masih boleh diadakan tetapi pelaksanaannya mestilah mempunyai justifikasi yang kuat. Malah terdapat agensi kerajaan yang menganjurkan konvensyen mahasiswa menjemput pemimpin pembangkang. Ini sudah dipraktikkan!!!

Mari kita lilihat dari segi pelaksanaan hukuman AUKU. Dalam seksyen 15 (5) menyebut “Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1), (2), (3) atau (4) adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda daripada RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara kedua-duanya.”

Dari segi praktiknya bolehkah universiti melaksanakan hukuman RM 1,000 dan penjara tidak lebih enam bulan? Bukankah ini kuasa mahkamah? Tidakkah ini melibatkan kuasa polis bagi tujuan pendakwaan di mahkamah? Jika melibatkan polis tidakkah ini menjejaskan autonomi universiti? Sejak AUKU digubal tidak pernah mahasiswa dipenjarakan menggunakan akta ini. Ini bermakna universiti atau HEP tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukuman ini.

Umumnya Undang-Undang dan Peraturan Pelajar terdapat dalam tiga bentuk iaitu AUKU (Akta 30) yang digubal oleh Parlimen, Perlembagaan UniversitiContoh USM (P.U.(A) 107/1998)dan Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti Contohnya Tatatertib Pelajar USM 1999(P.U.(A) 266/1999). AUKU yang digubal parlimen merupakan panduan kepada perlembagaan universiti dan Kaedah-kaedah Tatatertib. Tetapi adakah pemimpin mahasiswa mengetahui dan boleh membezakan ketiga-tiga ini?

Pelaksanaan AUKU hari ini ialah melalui Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti yang dibuat oleh universiti (Lembaga Pengarah Universiti). Di sinilah disenaraikan peraturan dan hukuman yang dijalankan oleh universiti seperti tatatertib am, larangan am, menghadiri kuliah, penggunaan teks kuliah, plagiat, kehadiran peperiksaan, kelakuan semasa peperiksaan, menganjurkan perhimpunan, pembesar suara, sepanduk, penerbitan, ,kegiatan di luar kampus, terlibat dalam pekerjaan, representasi, judi, minum arak , artikel bahan lucah, dadah dan racun, kebersihan dalam kampus, buat bising, pemeriksaan gangguan mental, tempat tinggal dalam kampus, pakaian pelajar lalulintas dan lain-lain lagi.

Ini bermakna kes-kes demonstrasi secara haram dan terlibat dengan pertubuhan haram boleh diambil tindakan oleh universiti melalui kaedah-kaedah tatatertib seperti kegiatan luar kampus dan representasi yang boleh ditafsirkan menjejaskan imej universiti di luar kampus. Tetapi sehingga hari ini sejauhmana pelaksanaannya terhadap mahasiswa?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), dan lain-lain lagi pertubuhan haram masih wujud di universiti. Sehingga ke hari ini tiada satu universiti pun yang berani membuat pendakwaan terhadap mereka melalui AUKU atau Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti.

Umumnya 5 hukuman yang boleh dilaksanakan melalui Kaedah-kaedah Tatatertib iaitu amaran, didenda tidak melebihi RM200.00, dilarang dari mana-mana bahagian di universiti bagi tempoh yang ditetapkan, digantung menjadi pelajar bagi tempoh yang ditetapkan dan dipecat dari universiti. Disinilah diwujudkan satu badan oleh universiti iaitu Jawatankuasa Tatatertib Universiti untuk membincangkan kes-kes tatatertib pelajar.

Ada baiknya kerajaan meminda seksyen 15,15B dan 15C AUKU sekarang yang ternyata terdapat kelemahannya. Pindaan AUKU mestilah lebih keras, tegas dan memberi pengajaran. Pelaksanaan AUKU melalui seksyen seksyen 15 (5) AUKU mesti dipraktikkan bagi memberi pengajaran kepada mahasiswa yang terlibat dengan kegiatan haram menjurus kepada ancaman keselamatan negara. Kerajaan tidak perlu melonggarkan atau memansuhkan AUKU. Universiti pula perlu memperkasa Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti agar lebih relevan dengan keadaan semasa.

Kepada pemimpin mahasiswa yang menentang AUKU, janganlah salahkan nyamuk kelambu dibakar. AUKU yang digubal di Parlimen adalah sebagai panduan tetapi pelaksanaannya adalah melalui Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti masing-masing. Kuasa untuk menentukan Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti adalah terletak di bawah bidangkuasa Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan kuasa ini di berikan kepada LPU melalui peruntukan seksyen 16C AUKU. Sekiranya terdapat cadangan untuk meminda dan bantahan terhadap kaedah tatatertib, cadangan dan bantahan tersebut hendaklah di kemukakan kepada LPU setiap universiti berkenaan dan sebarang pindaan yang di buat oleh LPU tidak akan melibatkan sebarang pindaan terhadap AUKU.

Oleh itu sudah tiba masanya pemimpin mahasiswa mengkritik secara bijaksana terhadap universiti dan Lembaga Pengarah Universiti yang menentukan Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti bukan AUKU (Akta 30) yang digubal oleh kerajaan yang jelas banyak melahirkan pemimpin negara, birokrat, teknokrat dan korporat.



Bertemu Buku dengan Ruas



Jabdin bin Juhat
Jabdin79@yahoo.com

Dinasti terakhir runtuhnya kota penguasaan gerakan mahasiswa pro pembangkang ialah tahun 2002 di zaman Abdullah Abdul Karim bekas Presiden MPP UKM yang kini telah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar PAS. Penulis mengenali Abdullah Karim yang ketika itu adalah Setiausaha Agung MPP UKM. Sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, sesekali di zaman itu memang kami begitu lantang menyuarakan pandangan kami kepada kerajaan.

Saya masih ingat di Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Malaysia, Universiti Utara Malaysia pada 5 hingga 7 Mei 2004 dalam satu sesi dialog bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad saya mempersoalkan sistem penggiliran ketua menteri Sabah dan Abdullah Abdul Karim mengetengahkan pendapat mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Katanya “Mahasiswa tidak menolak AUKU tetapi memohon agar beberapa seksyen AUKU dipinda” . Saya tak pasti kini pendapat beliau setelah menjadi Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar PAS. Adakah mahu AUKU dimansuhkan terus?

Aspirasi tidak utamakan pilihan raya kampus

Sebelum tahun 1999 mahasiswa aspirasi tidak ambil kisah sangat mengenai politik kampus. Namun setelah mereka melihat mahasiswa pro pembangkang merosakkan suasana kampus dengan hadirnya parti-parti pembangkang di kampus melalui sistem perkaderan dalam PMI, ceramah, demonstrasi haram, kempen pilihan raya umum dan kampus mereka bangun membersihkan imej buruk ini.

Utusan Malaysia, 2 September 2001, melaporkan dalam berita muka depan bertajuk “Gerakan bawah tanah di IPTA-Bekas pelajar UTM dedah aktiviti berselindung di sebalik usrah dan tamrin.”. Pendedahan Wan Norhayati Wan Alias, bekas aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia dalam gerakan bersumpah mendedahkan penglibatannya dalam “Tamrin Jelas Fikrah” yang mengaitkan dirinya di kader oleh parti PAS.

Kes ini menjadi senjata yang amat berguna untuk menolak mahasiswa pro pembangkang di kampus. Sejarah begitu pantas berubah, mahasiswa aspirasi (menyokong unversiti dan Kerajaan) begitu hebat menumbangkan satu persatu musuh mereka.

Pada sesi 2002/03, mahasiswa Aspirasi telah menguasai 9 buah IPTA berbanding dengan 15 buah IPTA di seluruh Malaysia. Prestasi PAS di kampus semakin buruk pada sesi 2003/2004 apabila PAS hanya berjaya mengekalkan sokongan di Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa sedangkan 15 IPTA telah beralih kepada Aspirasi Mahasiswa.

Sesi 2004/2005 menyaksikan penguasaan 17 IPTA apabila mahasiswa pro pembangkang UM berjaya ditumbangkang kecuali UIAM. Sejarah gemilang terus bersinar pada sesi 2005/2006 apabila semua 18 IPTA telah berjaya dikuasai termasuk UIAM kubu kuat mahasiswa pro pembangkang. Bagaimanapun sesi 2006/2007 UIAM kembali ditawan semula oleh mahasiswa WUFI (mahasiswa pro pembangkang).

Apakah rahsianya kekuatan mahasiswa apirasi ini?

Mahasiswa aspirasi bukan budak kecil lagi seperti ketika mereka muncul dalam era 90an. Mereka bergerak seperti gelombang dan cara luar biasa apabila berjaya mengubah ‘mood’ mahasiswa kampus untuk selesa bersama kerajaan dan universiti. Mereka mendominasi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri apabila pelbagai pandangan mereka mengenai kampus, isu semasa negara, pendidikan dan pembangunan negara dapat disalurkan melalui platform ini.

Mahasiswa aspirasi tidak perlu ke jalan raya untuk berdemonstrasi secara haram. Mereka kini jauh lebih bijaksana. Mereka mengatur gerakan hanya dari meja sesekali turun ke tanah. Hari ini mahasiswa aspirasi menguasai strategi Sterling Seagrave bahawa;

“Umpanlah mereka dengan prospek keuntungan, jadikan mereka kebingungan. Gunakan kemarahan untuk mengganggu mereka, bersikap rendah diri untuk menjadikan mereka angkuh. Letihkan mereka dengan ‘melarikan diri’, dan cetuskan perbalahan antara mereka. Serang mereka ketika mereka tidak menduga, apabila mereka tidak bersedia. Licik sehingga anda tidak kelihatan. Bertindak penuh misteri sehingga anda sukar difahami. Kemudian anda akan kuasa takdir lawan anda”. Sterling Seagrave : Lords of the Ring – pg 30.

Mereka sudah pandai menggunakan teknik perang Sun Tzu betapa kemenangan dalam peperangan tanpa pertumpahan darah itu lebih penting dan utama. “ Dalil perang mirip dengan kudrat air. Seperti air selalu menghindari tempat yang tinggi letaknya dan mengalir ke tempat yang rendah letaknya, demikianlah tentera selalu menghindari bahagian yang padat dan memukul bahagian yang kosong. Seperti air mengatur alirannya sesuai dengan bentuk tanah yang dilaluinya, demikianlah tentera mengatur siasat untuk mencapai kemenangan sesuai dengan keadaan musuh yang dihadapinya”

Oleh itu mahasiswa pro pembangkang yang telah terlatih sejak sekian lama melalui perkaderan PMI, anda sekarang berhadapan “Buku dengan Ruas”. Pilihan raya kampus 2006/2007 membuktikan betapa mahasiswa aspirasi terus menjadi pilihan. Kini giliran mahasiswa aspirasi mengekalkan dinasti mereka.


.

Jangan rosakkan masa depan anda!Mahasiswa tolak pertubuan haram

Jangan rosakkan masa depan anda!
Mahasiswa tolak pertubuan haram


Apabila Hj Idris Ahmad, Timbalan Presiden Dewan Pemuda PAS Pusat membuat warkah terbuka kepada mahasiswa baru di dalam media harakah, amat jelas betapa terdesaknya PAS berhubung pengaruh mereka di kampus. Beliau berpesan ”sepanjang orientasi program indoktrinasi diasak. Pelajar diberi amaran jangan rapat dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kerana didakwa puak pembangkang yang ekstrim.”

Tidakkah itu benar betapa PMI adalah pusat kaderisasi dan agen melatih pemimpin PAS? Bukankah Idris Ahmad sejak menjadi Presiden PMUKM 1987/88 memang penyokong PAS? Malah dilatih oleh PAS.

Ingatan mahasiswa Malaysia masih segar tentang kes tahun 2001, apabila 8 orang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) ditahan kerana cuba menceroboh bilik gerakan Wanita BN, di Taman Perlis, Kangar semasa pilihan raya kecil kawasan itu. Antara ahli PMI yang terlibat ialah Naimah Suratin, Timbalan Pengerusi Penyelidikan PMIUSM sesi 2001/02, Asraf Azmi, Naib Yang Dipertua MPPUSM 2000/2001.

Di UTM Wan Norhayati Wan Alias bekas aktivis PMIUTM mendakwa PMIUTM menjadi alat pembangkang di kampus. Menurut pengakuannya, PMIUTM telah didoktrin oleh pensyarah-pensyarah berfahaman PAS di kampus untuk membantu parti PAS. Markaz Siswazah Kelantan (MSK) sebuah pertubuhan haram dari Kelantan menyusup masuk melatih dan menanamkan ideologi PAS di kalangan pelajar-pelajar. Setelah Wan Norhayati keluar dari PMIUTM kini beliau telah berjaya di UiTM.

Mahasiswa tolak pertubuhan haram

Penulis menyeru agar mahasiswa baru dan mahasiswa lain agar tidak menyertai pertubuhan mahasiswa haram. Pertubuhan haram ini ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dan sering melaksanakan kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Apakah kita mahasiswa Malaysia boleh menerima tindakan demonstrasi yang kasar, mengganggu ketenteraman awam, diperalatkan oleh pembangkang dan Amerika? Apakah Mahasiswa sanggup menyokong mahasiswa yang tidak datang kuliah dan tutorial kerana demonstrasi? Jadi jangan rosakkan masa depan sebagai mahasiswa yang cemerlang dan menggembirakan keluarga. Itulah matlamat sebagai mahasiswa.

Menyertai pertubuhan haram dan diperalatkan oleh parti politik pembangkang adalah satu kesalahan yang amat jelas dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Seksyen 15 (1), (2), (3), (4) dan (5). Fasal ini antara lain melarang mahasiswa, pertubuhan, badan atau kumpulan mahasiswa menganggotai dalam apa bentuk persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di universiti, di luar universiti, di dalam atau luar Malaysia, kecuali diperuntukkan di bawah Perlembagaan atau diluluskan dalam bentuk hitam putih oleh Naib Canselor.

Mahasiswa bebas melaksanakan segala aktiviti yang bersesuaian. Akta ini bertujuan sebagai panduan kepada mahasiswa dalam pertubuhan dan mengelakkan mahasiswa terlibat dengan kegiatan luar yang boleh mengancam keselamatan negara.
Berikut merupakan beberapa pertubuhan haram yang mesti ditolak oleh mahasiswa iaitu;
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)
2. Front Anak Muda Untuk Demokrasi (FRAKSI)
3. Universiti Bangsar Utama (UBU)
4. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
5. Independen Student Resource Centre (ISREC)
6. Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN)
7. Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)
8. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
9. Majlis Perundingan Majlis Islam (MPMI: Gamis)
10. Gerakan Mahasiswa Mahsuhkan ISA (GMMI)
11. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
12. Food Not Bomb (FNB)
13. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
14. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)
15. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
16. Gerakan Mahasiswa Maju (GMM).

Semua pertubuhan yang disebutkan di atas merupakan pertubuhan haram yang ada di kampus hari ini. Persatuan mahasiswa ini disokong kuat oleh parti pembangkang dan di taja oleh Amerika/Yahudi. Sanggupkah anda sebagai mahasiswa melihat kehancuran negara seperti peristiwa 13 Mei yang menggunakan mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi perkauman?

Rosakkan siswi di kampus

Mahasiswi merupakan bilangan teramai di universiti. Untuk sesi tahun 2006/2007 mahasiswi mendominasi IPTA dengan 64.5 peratus adalah mahasiswi (pelajar SPM) dan 58.92 peratus (pelajar STPM). Tidakkah ini memberi peluang kepada mahasiswa pro pembangkang dan pertubuhan haram untuk mempengaruhi siswi kampus. Wan Norhayati Alias (UTM), Naimah Suratin (USM), Soh Sook Hwa (USM) dan demonstrasi mahasiswa menggunakan mahasiswi. Mahasiswi telah dianiaya. Ada dikalangan mereka ditangkap dalam demontrasi menyatakan tidak tahu dan dipaksa berdemontrasi oleh senior mereka. Jadi mahasiswi universiti mesti berhati-hati.

Puteri NISA PAS masuk kampus

Muktamar Tahunan PAS ke 46 menekankan rebranding NISA sebagai pergerakan puteri PAS yang boleh mempengaruhi remaja dan menjadi pelapis kepimpinan parti. Jadi tidak hairanlah jika mahasiswi kampus menjadi sasaran. Sekumpulan ahli NISA berpakaian unggu daripada Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah dipilih menjadi petugas muktamar tahunan PAS. Ke mana selepas ini?

Kesimpulan penulis ialah “jangan rosakkan masa depan anda! Tumpukan perhatian kepada pengajian di universiti. Bantu keluarga. Jangan hampakan harapan keluarga.






Aspirasi Bertahan 20 tahun lagi

Aspirasi Bertahan 20 tahun lagi

Oleh
Jabdin bin Juhat
Bekas Presiden MPP UMS 2000/2001

Gelombang aspirasi sudah bermula tahun 2000. Satu persatu tembok batu mahasiswa yang dikuasai mahasiswa pro pembangkang ketika itu runtuh. Penulis ketika itu sebagai salah seorang pemimpin mahasiswa tahun 2000 menyaksikan sendiri kehancuran yang dicipta sendiri oleh mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS).

Penglibatan PMI, GAMIS dan BBMN dalam demontrasi haram 12 Mei di Dewan Kuliah API, Roadshow GAMIS 5-10 Januari 2001 dan Demontrasi Mansuhkan ISA 8 Jun 2001 di masjid negara bersifat anti establisment telah mencemarkan imej mahasiswa Malaysia. Paling tercemar ialah Persatuan Mahasiswa Islam yang paling banyak mendominasi GAMIS dan BBMN. Pertubuhan seperti GMLN, DEMA, KARISMA, GMMI dan UBU tidak begitu menonjol kerana semua pertubuhan ini mengikut rentak PMI. Imej anti-establisment inilah yang telah meranapkan PMI. Saya mengenali BBMN kerana saya pernah menganggotai pertubuhan haram ini.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)

Apabila seseorang bekas mahasiswa USM yang kini menjadi wartawan sebuah akhbar tabloid baru di Malaysia menulis tentang Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sebagai perangkap kerajaan dan GAMIS menyokong penubuhan MPPK penulis tersenyum betapa salahnya fakta itu. 1 November 1999, Presiden GAMIS, Borhanuddin Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa pertubuhan pelajar itu bersama pertubuhan lain menolak penubuhan MPPK.

Sejarah telah tercipta pada tarikh 3 April 2001 MPPK ditubuhkan secara rasmi. YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA dan IPTS mengenai penubuhan MPPK di Putrajaya. Penubuhan MPPK menandakan kerajaan mengiktiraf kedudukan dan peranan mahasiswa. MPPK begitu jelas sebagai paltform utama menyalurkan maklumat dan pandangan mahasiswa kepada kerajaan. Penulis sebagai Presiden MPP ketika itu antara pemimpin pelajar yang mempertahankan agar MPPK ditubuhkan.

Bersama dengan Presiden MPP seperti Mohd Fadzli Yusof (Presiden MPP UIAM selaku Presiden BBMN), Mohd Fuad Mohd Ikhwan (Presiden UM selaku Timbalan Presiden BBMN dan GAMIS), Mahadi Sukarno (Presiden MPP UKM selaku Setiausaha BBMN) Mohd Nasri Muarat (UPM), Mohd Mushrif Abdullah (UTM), Ezwandy Idris (USM), Mohd Ikhfan Abd Rahim (KUITTHO), Che Ahmad Daud (UPSI), Nazrul Fazami Mohamed (UiTM), Nur Helmi Jamil (UUM), Awang Adih Tuah (UNIMAS), Rosli Jusoh (UNITEN) dan Zainal Abidin (MMU). Mereka inilah yang bertanggungjawab merealisasikan MPPK melalui perbincangan bersama mencakupi pelbagai segi.


Penguasaan mahasiswa Aspirasi


Tahun 2003 adalah tahun yang perit bagi pendokong-pendokong Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan mahasiswa anti-establismen. Mahasiswa aspirasi telah mencapai kemenangan besar di 15 hingga 17 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada tahun Pada tahun 2004 UM berjaya ditawan. Tahun 2005 mahasiswa aspirasi mengukuhkan dinasti mereka apabila kesemua IPTA berjaya ditawan termasuk UIAM.

Mahasiswa Malaysia menolak mahasiswa anti-establishment. Imej demonstrasi dan kasar tidak dapat diterima oleh mahasiswa. Ini jelas menunjukkan mahasiswa Malaysia semakin matang. Isu-isu semasa negara di bawah berbincang dengan kerajaan bukan membabi buta melalui demonstrasi.

Penulis amat yakin bahawa mahasiswa aspirasi terus menjadi pilihan 20 tahun lagi malah lebih dari itu. Cuma perlu difikirkan ke mana haluan bekas-bekas pemimpin mahasiswa aspirasi selepas ini. Adakah sebagai pegawai kerajaan atau pemimpin parti politik?

Jika pemimpin PMI seperti Mohd Hafeez Ab. Samad, Presiden PMUM 1999/2000 (bekas exco PMIUM) kini sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Agung PAS, Taman Malewar, Mohd Nazri Chik Timbalan Presiden PMIUM 1999/2000, dipilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 2005/07, Mohd Izwan Hj Mohd Yusof Presiden PMIUM sesi 2001/2 menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden PMIUM sesi 1999/2000 bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Misbahul Munir Masduki, Presiden PMIUM sesi 1986/87 yang kini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Khoirol Anwar Mat Zuki @ Mat Sabu, Presiden PMIUM sesi 2003/04 yang kini Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Mohd Nazri Din, Naib Presiden PMIUPM yang bertanding sebagai calon PAS di DUN Kubu Gajah, Perak pada pilihan raya 2004, dan kini menjadi AJK pemuda PAS di kawasannya. Abdullah Abdul Karim, Bekas Presiden MPP UKM kini Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar, Pemuda PAS Pusat.

Persoalan

Mampukah mahasiswa Aspirasi pada masa depan menjadi pemimpin utama dalam kerajaan? Atau pegawai utama kerajaan? Adakah usaha membantu mereka? Sama-samalah kita tunggu nanti.

PAS dan ANWAR sokong AUKU


Jabdin bin Juhat
Jabdin79@yahoo.com

Kerajaan mengambil keputusan muktamad untuk tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang telah dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara ini sejak lebih 35 tahun lalu. Pengumuman ini dibuat oleh YAB Dato Sri’ Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) januari lalu.

Ahli MPPK yang terdiri daripada Presiden dan Yang Dipertua MPP telah menyerahkan memorandum kepada YAB Timbalan Perdana Menteri mengekalkan AUKU. Ini adalah cermin kekuatan. Dominasi MPP aspirasi 17 IPTA ini telah memudahkan keputusan ini dilakukan berbanding tahun 2001.

Penulis masih ingat betapa sukarnya menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan ketika itu. MPP aspirasi hari ini harus berterima kasih kepada Presiden aspirasi tahun 2001 seperti Nazrul Fazami Mohamed (UiTM), Che Ahmad Daud (UPSI) dan Awang Adih Tuah (UNIMAS). Kami rasa berbangga apabila kami menjadi pengasas MPPK.

Suara-suara memansuhkan AUKU adalah antara agenda mahasiswa anti-establishment yang telah diwarisi sejak 35 tahun lalu. AUKU sudah menjadi agenda politik bukan sahaja kepada mahasiswa tetapi juga parti politik di negara ini.

PAS adalah penyokong kepada penggubalan AUKU di Parlimen. Pada 8 April 1975 Menteri Pelajaran ketika itu YB Dr Mahathir Mohamad membentang AUKU di Parlimen. PAS tidak membantah sedikitpun ketika pindaan rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti di Parlimen.

Antara wakil PAS yang hadir dalam sidang Parlimen itu ialah Tuan Hj Nik Aziz Nik Mat (Pengkalan Chepa), Tuan Hj Mustapha Ali (Kuala Terengganu) ketika itu Setiausaha Parlimen Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tuan Hj Hassan Adli (Bagan Datok) sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tuan Hj Yusof Hj Abdullah (Ulu Muda).

Mengapa PAS tidak membantah dan menghalang AUKU 1975? Mereka mungkin boleh memberi alasan bahawa PAS telah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974 tetapi mereka masih boleh mengetengahkan pandangan mereka? jika mereka merasa AUKU sebagai undang-undang yang kejam dan drakonian mengapa mereka tidak sahaja bersuara untuk beri pendapat? Tidakkah mereka ini orang yang berilmu agama dan tahu undang-undang untuk memutuskan sesuatu itu boleh atau tidak boleh dilaksanakan. Apapun PAS terlibat sebagai jemaah yang memutuskan akta itu di Parlimen.

Sebaliknya DAP ketika itu membantah AUKU diluluskan di Parlimen. Hairannya dekad 90an DAP kurang bersuara tentang AUKU sebaliknya PAS lebih bising dan bersungguh-sunggu memansuhkan AUKU. Ini ada kaitan dengan penglibatan para pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam di kampus dengan parti itu. Hanya pada tahun 2005 selepas Soh Sook Hwa seorang pelajar dari USM didakwa di atas kesalahan terlibat dengan kempen pilihan raya umum 2004 barulah DAP giat semula bersunggung-sungguh memansuhkan AUKU.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim sewaktu di zaman mudanya di Universiti Malaya yang aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu UM dan PKPIM. Beliau adalah pemimpin mahasiswa yang begitu vokal menentang AUKU dan bersungguh-sungguh AUKU dimansuhkan.

Bagaimanapun sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1990 Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975) tidak akan dimansuhkan serta diserap ke dalam Akta Pendidikan. Kenyataan ini dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia 28 Ogos 1990 ketika beliau merasmikan Persidangan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Ogos 1990.

Beliau berkata “ Saya tidak pernah campurtangan dalam hal urusan universiti, tetapi banyak yang bercakap mengenai kebebasan atau autonomi universiti yang mahu mengenepikan dasar pendidikan negara. Mereka mahu kebebasan sepenuhnya. Ini merbahaya”.

Katanya lagi “ Ada yang mengugut saya bahawa jika tidak pinda akta itu sekarang, mereka akan sokong pembangkang. Saya harap mereka tidak akan berbuat demikian walaupun golongan ini kecil sahaja.”

Selepas dibebaskan dari penjara satu Program Anwar Bersama Mahasiswa telah di adakan di Hotel Shah Village Petaling Jaya pada 9 Januari 2005. Penulis diberitahu seorang mahasiswa bertanya mengapa sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, AUKU tidak dimansuhkan. Agaknya apa jawapannya? Adakah seperti di atas atau beliau berkata memang dari dulu beliau berniat memansuhkan AUKU?

Oleh itu kekallah sehingga sekarang seksyen 15 (1), 15 (2) dan 15 (3) yang membataskan kegiatan pelajar untuk berpersatuan dan bersuara khususnya terlibat dengan parti politik atau kumpulan tertentu. Seksyen ini juga yang menjadi asas perjuangan pertubuhan haram seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN). Mengapa? sebab mereka mahu jadi ahli politik pembangkang, bergabung dengan NGO luar, berdemontrasi dan lain-lain lagi. Isu tatatertib lain yang disenaraikan dalam AUKU tidak penting yang penting politik sahaja.

Jadi siapakah yang paling ikhlas berjuang memansuhkan AUKU? Tidakkah AUKU dipolitikkan? Bolehkah mahasiswa menerima individu dan kumpulan tertentu yang mempolitikkan AUKU untuk kepentingan politik dan peribadi?.Layakkah mereka bercakap soal keadilan jika keadilan dipermainkan?

Sebagai dorongan kepada mahasiswa aspirasi penulis menyatakan bahawa anda tepat memutuskan supaya AUKU tidak dimansuhkan. Keputusan anda akan menjadi rekod dalam sejarah kepimpinan mahasiswa.


Pukul orang, rampas kamera dan demokrasi


Jabdin bin Juhat
Jabdin79@yahoo.com

Setiap individu berhak untuk menyatakan mereka lebih demokrasi. Mereka juga berhak menuntut hak asasi mereka. Tetapi apakah dengan memukul orang dan merampas kamera adalah satu demokrasi?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebuah pertubuhan haram pro pembangkang pada 8 Jun 2006 telah mengadakan demontrasi menghapuskan AUKU. SMM telah mengeluarkan Deklarasi Hak Asasi Mahasiswa Malaysia 2006. Antara kandungan deklarasi itu ialah;

“Kami mendukungi prinsip saling menghormati dengan nilai hak asasi manusia sebagai nilai universal agar kebebasan individu untuk berorganisasi, bersuara, beragama dan berpolitik terjamin. Kami percaya bahawa pegangan nilai ini akan menujum ke arah sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.”

Tidakkah kenyataan di atas begitu ironis? Benarkah SMM yang dianggotai oleh GAMIS dan pemimpin PMI begitu mendukungi prinsip saling menghormati nilai hak asasi manusia dan kebebasan individu? Kerana mereka tidak mendukung prinsip itulah SMM berjaya melahirkan pemimpin mahasiswa yang samseng pukul orang dan lebih malang lagi kalah dalam pilihan raya kampus.

Pukul orang yang mengambil gambar dalam suatu program dan merampas kamera pegawai atau wartawan itu adalah demokrasi. Itu tidak mengapa. Mereka boleh tetapi kalau polis dan orang lain melakukan kepada mereka, semua ini tak boleh, tidak demokrasi, kejam dan zalim. Inilah definisi demokrasi terunggul yang baru saya temui dari mahasiswa SMM.

Kes pukul pegawai HEP UM

Sekumpulan mahasiswa yang mendakwa sebagai Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) berdemontrasi bersama PAS beberapa bulan lalu di masjid negara telah menyerang dan menumbuk bahagian muka seorang pegawai HEP UM yang kebetulan membuat rakaman dalam demontrasi itu.

Dua orang mahasiswa Univeriti Malaya yang juga pemimpin utama dalam Persatuan Mahasiswa Islam UM cuba merampas gambar yang dirakam oleh pegawai terbabit. Pegawai UM itu dipukul beramai-ramai sehingga lebam muka. Pegawai terbabit telah melaporkan kes pukul dan mencederakan orang lain ini ke Balai Polis Brickfields Kuala Lumpur. (Kita biarkan polis menyiasat perkara ini).

Persoalannya adakah salah pegawai tersebut mengambil gambar? Adakah salah mengambil gambar di tempat awam?

Kes Pukul Wartawan Akhbar

Seorang wartawan Akhbar Mahasiswa telah membuat liputan berkenaan demonstrasi Kenaikan Harga Minyak di KLCC. Sekumpulan mahasiswa daripada SMM telah mengepung, merampas kamera dan memukul wartawan terbabit. Beberapa ahli PMI kelihatan dalam demonstrasi itu. Antaranya PMI UPM iaitu Ahmad Thaufiq Kamaruddin dan Nur Shalihati binti Mohd Yusof

Apakah pemimpin PMIUPM ini mempunyai kebenaran daripada HEP UPM? Persoalannya apakah asas mahasiswa SMM ini memukul seorang wartawan yang mahu membuat liputan? Adakah ini demokrasi? Bagaimana mahasiswa yang melaungkan slogan demokrasi boleh menjadi penyamun seorang wartawan yang menjalankan tugasnya? Sehingga ke hari ini camera itu tidak ditemui. Tidakkah ini sama ertinya dengan mencuri dan merompak? Memandangkan kes ini juga kes polis biarlah polis menyelesaikan isu ini. Kita tunggu dan lihatlah.

Oleh itu semua prinsip kebebasan dan menghormati hak asasi yang dilaungkan oleh mahasiswa pro pembangkang seperti SMM adalah palsu belaka. Paling munafik. Jangan mengajar orang menjadi demokrasi jika sendiri tidak mampu berbuat sedemikian.


“Pukullah kami lagi”

Penulis berpandangan jika mahasiswa pro pembangkang seperti SMM dan PMI mahu memukul pegawai, wartawan dan mahasiswa aspirasi, silakan. ‘Pukullah kami lagi’. Itu hanya akan lebih mencerminkan diri anda lagi. Kata Sun Tzu “Tidak ada yang terlalu istimewa memperoleh ratusan kemenangan di medan tempur yang bersimbah darah; adalah prestasi luar biasa jika mengalahkan musuh tanpa perlu bertempur sama sekali”. Tidak perlu bersusah payah bertempur dengan musuh jika musuh memberi laluan kepada kekalahan mereka. Anggaplah semakin kita dipukul semakin kita memperolehi kemenangan. Fikir-fikirkan lah.


Terbenamnya mahasiswa pro pembangkang tahun 2006


Gerakan politik kampus tahun 2006 cukup menyenangkan bagi gerakan mahasiswa aspirasi di Malaysia walaupun di penghujung tahun ada sedikit cabaran yang perlu diatasi. Pada penulis ia satu keseronokan menghadapi isu. Ialah sudah lama tidak berhadapan isu yang besar.

Apa pun keputusan pilihan raya 2006/2007 pada 21 September 2006 cukup menyenangkan. Satu kecermerlangan yang perlu diiktiraf. Keputusan PRK pada sidang ini menunjukkan mahasiswa pro-Aspirasi telah menguasai 17 IPTA kecuali Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bagi penulis keputusan UIAM sudah dijangka lagipun dalang-dalang UIAM yang terdiri daripada anggota pegawai UIAM pun sudah dikesan.

Tahun ini Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) (dulu KUSZA) buat kali pertamanya mengadakan Pilihan raya kampus. Buat kali kedua Saudara Muhamad Hanif bin Abdullah memegang jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UDM. Bukan mudah mahu menguasai bekas kawasan tapak Parti PAS di Terengganu ini. Namun Hanif bekas mahasiswa PMIUM sebagai pelopor aspirasi UDM telah berjaya melakukannya.

Keseluruhannya sejumlah 706 calon telah bertanding dalam pilihan raya kampus 2006 538 calon pro-Aspirasi dan 205 calon pro-pembangkang. Mahasiswa pro-Aspirasi memenangi 443 kerusi berbanding pro-Pembangkang yang memperolehi 78 kerusi ( 29 kerusi di UIAM, 14 kerusi di UTM, 14 di UUM, 7 kerusi di UPM, 5 kerusi di UKM, 5 kerusi di USM dan 4 di UM).

Secara keseluruhannya sebanyak 81.01% pelajar turun mengundi. Peratus pengundi yang tinggi membuktikan mahasiswa sedar tentang kewajipan mereka mengundi dan membuat pilihan calon wakil mereka di kampus.


Berjaya mematahkan isu

Begitu dalam gerakan mahasiswa pro pembangkang terbenam ke dalam tanah. Isu yang mereka tonjolkan tidak berkesan malah menjerat diri sendiri. Isu insiden di UPM pada bulan Julai mengenai pencerobohan pertubuhan haram oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Mahasiswa Maju (GMMUPM) telah berjaya ditangani dengan cepat. Taktik media memainkan isu perkauman nyata tidak menguntungkan. Inilah namanya senjata makan tuan.

PMIUM begitu lembab bergerak. Jika dulu PMI mendominasi gerakan mahasiswa pro pembangkang tetapi kini seperti ‘mati pucuk’ mereka lemah terkangkang di celah-celah kuasa SMM yang dipengaruhi oleh gerakan mahasiswa Cina.

Mereka membangkitkan mengenai AUKU, e-Undi, peraturan pilihan raya, memohon campurtangan SUHAKAM, bantuan PAS (melalui Jawatankuasa Pembangunan Pelajar, Dewan Pemuda PAS) dan bantuan Parti Keadilan Rakyat ( Presiden PKR, Dr Wan Azizah sendiri menerima memorandum mahasiswa berkenaan AUKU di lobi parlimen sempena PRK 2006-2007). Namun semuanya telah gagal.

Selamat tahun baru 2007 kepada mahasiswa aspirasi. Mari kita mulakan modus operandi baru untuk membenamkan mahasiswa pro pembangkang jauh lebih dalam pada tahun 2007. Semasa kita memiliki kuasa maka kita gunakannya sebaik mungkin. Jika tidak berkuasa hidup tiada ertinya membincangkan ketika kuasa hilang di tangan.





























Ukurlah Baju di Badan Sendiri


Jabdin bin Juhat
Jabdin79@yahoo.com

Kemenangan paling bergaya

Pilihan raya kampus 2006/2007 membuktikan betapa mahasiswa aspirasi menang secara adil. Kekalahan mahasiswa aspirasi di UIAM sudah dijangka. Bagi penulis mereka berhak memenanginya.

Selepas sahaja keputusan pilihan raya kampus di umumkan media masa begitu ligat menceritakan kemenangan dan kekalahan. Terima kasihlah kepada Utusan Malaysia, dan Kosmo yang menyiarkan kemenangan bergaya mahasiswa aspirasi sebagai subjek muka depan. Anda membenarkan mahasiswa aspirasi tersenyum menuai hasil sejak mereka ditimpa bencana malang tahun 1980, 1990an malah sehingga tahun 2002.

Selepas pilihan raya begitu banyak kritikan tajam kepada mahasiswa aspirasi. Mereka mendakwa bahawa pilihan raya tidak dilakukan dengan adil, terdapat campurtangan pihak universiti, kerajaan dan budaya melabel mahasiswa.

Siapakah yang tidak tahu betapa PAS sudah menghasut mahasiswa kampus melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) sejak tahun 1980an ? Siapakah yang tidak tahu betapa pada tahun 1999 media harakah milik PAS juga begitu mendabik dada mengatakan pro aspirasi kerajaan kalah teruk? Ini dipaparkan di muka depan akhbar Harakah. Jadi siapa yang memulakan label ini? Mengapa marahkan Utusan dan Kosmo?

Benarkah tidak wujud mahasiswa pro pembangkang? Penulis merupakan aktivis mahasiswa tahun 2000/2001. Pengalaman di kampus sebagai pemimpin mahasiswa jelas membuktikan betapa parti pembangkang begitu kuat menghasut mahasiswa kampus. Penulis sendiri pernah menghadiri program PAS bersama Mahfuz Omar (Ketika itu Ketua Dewan Pemuda), ceramah Wan Azizah Wan Ismail dan Uztaz Akil Hayy pada tahun 2001.

Penulis seperti Lutfi Othman, Azmi Shaharum (The Star- Pemangku Dekan Fakulti Undang-undang UM) yang menulis tentang pilihan raya kampus penulis cadangkan sesekali tulis juga betapa hebatnya PAS sewaktu ketika dulu menghasut warga kampusnya. Bagaimana pembangkang memperbodohkan mahasiswa, memperalat HEP, mempergunakan dekan yang pro mereka dalam pilihan raya kampus dan lain-lain lagi. Janganlah pura- pura lupa.







Ukurlah baju di badan sendiri

Bagi mahasiswa pro pembangkang dan pembangkang yang meratapi kekalahan ini penulis hanya menyatakan bahawa kalah itu memang pedih. Pertandingan ini dilakukan di atas padang yang sama. Kekalahan mahasiswa pro pembangkang jelas membuktikan bahawa mahasiswa di kampus tidak berminat dengan mahasiswa yang terlalu berpolitik di dalam kampus.

Bukankah PAS telah menggerakkan unit gerak kerjanya menawan kampus melalui Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar PAS tetapi tetap tidak berjaya? Di UKM misalnya pertandingan satu lawan satu antara mahasiswa aspirasi dan pro pembangkang (IPU/MAMPU). Namun kemenangan tetap berpihak kepada mahasiswa aspirasi.

Kemenangan mahasiswa aspirasi dalam pilihan raya kampus 2006/2007 memberi mesej yang jelas betapa mahasiswa sekarang tidak berminat dengan parti politik kepartian di kampus. Oleh itu tidak adillah mengecam mahasiswa dengan kecaman mahasiswa beku idealisme atau tidak intelektual. Pengundi dalam kampus sudah membuat pilihan maka hormatilah pilihan majoriti pengundi yang memilih.









Agenda Mahasiswa Aspirasi


Jabdin bin Juhat

Mahasiswa aspirasi telah menguasai kampus dalam pilihan raya kampus 2005/2006. Terasa begitu puas berusaha selama 5 tahun untuk merampas kesemua kerusi kampus yang dipertandingkan. Lebih puas lagi apabila gerakan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) sebagai pusat perkaderan PAS selama ini telah tumbang dan kalah paling teruk dalam sejarah politik kampus.

Jika dulu UM dan UKM begitu kental namun UM dapat dirampas. Kali ini lebih luar biasa apabila UIAM turut dapat dikuasai. Apa pun yang dikatakan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebuah pertubuhan haram yang pro pembangkang atau pemimpin dan penulis PAS dalam media mereka, pedulikan melaun-melaun ini. Melaun-melaun ini melalak seolah-olah mereka lupa tentang peranan mereka sebelum ini di era tahun 1990an. Mahasiswa di IPTA sudah membuat pilihan untuk memilih kepimpinan aspirasi.

Sebagai bekas aktivis mahasiswa tahun 2000 penulis tidak lupa lagi bagaimana gerakan pembangkang dan mahasiswa pro pembangkang menguasai kampus. Sehingga ke hari ini pun sudah terbukti lebih ramai mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang menjadi AJK PAS di peringkat negeri dan nasional.

PMI terbukti melahirkan pemimpin muda PAS melalui bimbingan latihan PAS seperti Mohd Hafeez Ab. Samad, Presiden PMUM 1999/2000 (bekas exco PMIUM) yang kini sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Agung PAS, Taman Malewar, Mohd Nazri Chik Timbalan Presiden PMIUM 1999/2000, dipilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 2005/07, Mohd Izwan Hj Mohd Yusof Presiden PMIUM sesi 2001/2 menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Zaharuddin Abdul Rahman , Presiden PMIUM sesi 1999/2000 yang menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Misbahul Munir Masduki , Presiden PMIUM sesi 1986/87 yang kini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Khoirol Anwar Mat Zuki @ Mat Sabu Presiden PMIUM sesi 2003/04 yang kini Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Apapun kita tinggalkan cerita melaun-melaun kampus dan luar kampus ini. Kita fokus kepada mahasiswa aspirasi yang menguasai IPTA sekarang ini.

Menang dan buat kerja

Menang bererti masa melakukan kerja sudah bermula. Lakukan kerja jangan banyak cakap. Buat perancangan aktiviti sepanjang tahun. Pengurusan organisasi mesti lebih cekap meliputi pengurusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan sumber maklumat. Hubungan dengan pentadbir universiti dan pihak kerajaan mesti dimanfaatkan bagi melaksanakan segala aktiviti. Dana kewangan melaksanakan projek akan tergendala jika hubungan tidak baik. Namun jangan terlalu ditarik hidung oleh universiti. Mesti ada pendirian yang tegas. Pemimpin mahasiswa mesti berani menyuarakan pandangan secara berfakta bukan emosi semata-mata.

Pelaksanaan aktiviti

Buat aktiviti yang perlu sahaja. Jangan berbalah dengan persatuan mahasiswa kolej atau mana-mana persatuan yang menyokong aspirasi. MPP mesti melaksanakan aktiviti bertaraf peringkat kebangsaan dan antarabangsa sahaja. Biarkan persatuan mahasiswa kolej melakukan aktiviti yang biasa seperti program bakti siswa, jualan di gerai, pameran dan lain-lain. MPP boleh melaksanakan Persidangan Pemimpin-pemimpin Mahasiswa ASEAN, Persidangan Mahasiswa Asia Timur sehinggalah ke peringkat dunia. Sejak tahun 2004 tidak ada lagi persidangan antarabangsa yang dilakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar.

Mencekapkan pengurusan maklumat dan kemahiran berkomunikasi

Agenda mahasiswa aspirasi mesti memantapkan pengurusan maklumat melalui penggunaan media cetak dan elektronik. Publisitikan segala akviti secara meluas. Mantapkan kemahiran menulis dalam media sehingga semua isu-isu semasa mahasiswa di universiti dapat disebarkan kepada semua rakyat Malaysia. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi seperti latihan pidato dan debat. Mahasiswa pro pembangkang memang telah dilatih dalam hal ini. Sebab itu mahasisa pro pembangkang tidak gugup untuk bercakap dikhalayak orang ramai.

Agenda yang penulis sarankan bukan suntikan ideologi kepada mahasiswa aspirasi tetapi sekadar saranan untuk melaksanakan agenda asas memantapkan mahasiswa aspirasi yang mengguasai kampus sekarang.Lakukanlah sebelum terlambat. Pilihan di tangan mahasiswa menentukan mahasiswa aspirasi di masa depan. Mahasiswa aspirasi bukan sekadar perlukan agenda asas yang penulis maksudkan di atas tetapi lebih jauh dari itu ialah ideologi perjuangan. Kerana yang mengekalkan perjuangan adalah ideologi.

Antara curi carpet dan demontrasi


Jabdin bin Juhat
jabdin79@yahoo.com

Bolehkah mahasiswa aspirasi bertahan 20 tahun lagi? Soalan ini begitu subjektif. Sama ada boleh mengekalkan atau meluaskan lagi sehingga 50 tahun terpulang bagaimana mahasiswa aspirasi yang menyokong kerajaan dan universiti melakukannya. 20 tahun bermakna 20 generasi kepimpinan kerana pemilihan majlis perwakilan pelajar setahun sekali.

Apabila gerakan mahasiswa aspirasi menjadi budaya mungkin tidak kedengaran lagi istilah mahasiswa pro pembangkang. Pada masa itu mahasiswa yang anti-establisment boleh dikatakan jumud dan beku. Semua mahasiswa melihatnya sebagai salah. Bukankah itu yang perlu dilakukan? Malah membentuk budaya mahasiswa dengan menguasai perasaan, kepercayaan dan proses berfikir mahasiswa.

Ada orang berpendapat semasa berkuasa gunakanlah kuasa yang ada. Jika sudah tidak berkuasa, apa sahaja yang anda lakukan tidak berguna. Pendapat ini ada benarnya. Jika kerajaan mempunyai undang-undang mengapa tidak melaksanakan sepenuhnya? Dalam konteks universiti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah sebuah akta yang tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh universiti. Bagaimanapun suara mahasiswa anti establisment yang mahu memansuhkan akta ini nyata jauh lebih ‘berdentum’ berbanding praktikal pelaksanaannya di universiti khususnya yang melibatkan ancaman keselamatan negara.

Pentadbir universiti berkata “universiti tidak boleh melakukan kekerasan” “tidak baik mengenakan pelajar” “bukti bergambar kabur” “pelajar itu bukan pelajar universiti ini” dan macam-macam lagi. Akhirnya keputusan paling mudah ialah membebaskan. Anda melakukan kerja bahaya kerana membentuk mahasiswa yang tidak takut kepada undang-undang malah memperlekehkannya. Mari kita lihat beberapa seksyen dalam AUKU yang kerap kali dilanggar oleh mahasiswa tetapi universiti tidak berani melakukan apa-apa.

Seksyen 7 (3): Tiada pelajar boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran Naib Canselor atau yang diberikan kuasa olehnya.

Seksyen 11: Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor.

Seksyen 15 (1) dan (2): Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar daripada menajdi ahli bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

Seksyen 10: Larangan penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib Canselor.

Berikut pula merupakan beberapa siri demontrasi, perhimpunan haram, kenyataan media, penerbitan dan penglibatan mahasiswa dalam pertubuhan haram tetapi tiada sebarang tindakakan AUKU dilaksanakan. Sehingga ke hari ini mereka bebas. Apakah tindakan universiti?

1. ) 28 Julai 2005, 11 pagi: Perhimpunan aman 30 mahasiswa anjuran SMM telah mengisytiharkan Resolusi & Tuntutan PR (pilihanraya) Kampus Bersih Rakyat Bebas di Dataran Pasar Seni, Kuala Lumpur.

2.) 12 Sept. 2005, 3 petang. Rapat umum 100 mahasiswa Malaysia anjuran SMM telah menghantar memorandum kepada Pesuruhjaya Dato' Siva di Court Suhakam KL.

3.) 13 Sept. 2005, 10.30 pagi: Rapat umum 120 mahasiswa UM demi menghantar memorandum harapan 700 mahasiswa UM agal PRK adil dan bebas ke Pej. TNC HEPA UM.

4.) 15 Sept. 2005, 10 pagi.
Mohd Rithaudin Abd. Wahab, Presiden SMM telah mengisytiharkan pembubaran MPM setiap IPT memandangkang usia MPM sudah genap setahun - caretaker student's goverment dalam sidang media secara tertutup di APIUM (Akademi Pengajian Islam UM).Gagasan Mahasiswa UM (GAGASAN) mengisytiharkan pemboikotan segala aktiviti MPMUM – caretaker goverment.

5.) 19 Okt. 2005, 9.30 pagi.
Rapat umum aman 200 mahasiswa Malaysia menghantar memorandum mangsa-mangsa kezaliman HEPA UM/IPTA kepada Syafie Saleh (Menteri KPT) di Parlimen Malaysia.

6.) 26 Sept. 2005, 10.30 pagi.
SMM mengadakan sidang media secara tertutup di Dewan Kecil Masjid Kolej Malaya, PJ & mengutuk tindakan beberapa pimpinan aspirasi yang sanggup menjadi balaci KPT dengan menghantar memorandum kepada KPM membantah tindakan SMM yang menghantar Memorandum Kezaliman IPT kepada Syafie Saleh (Menteri KPT) di Parlimen Malaysia 19 Sept. 2005.

21 Nov. 2005
Pertemuan 30 mahasiswa Malaysia dengan KAUKUS Parlimen Malaysia demi mendesak pihak kerajaan campurtangan isu percabulan demokrasi kampus dan hak asasi mahasiswa.

25 Jan. 2006 - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama 100 mahasiswa Malaysia mengadakan perarakan aman di Putrajaya KEMPEN SELAMATKAN DEMOKRASI KAMPUS kepada Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad badawi, Perdana Menteri Malaysia.Muhd Haniff Baderun, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Rithaudin Abd. Wahab, Pengerusi SMM dan Zainulfaqar Yakob merupakan antara dalang-dalang gerakan mahasiswa yang disebutkan di atas. Apakah tindakan terhadap mereka?

Ada kes di sebuah universiti tempatan seorang mahasiswa telah didapati bersalah kerana mengambil carpet (sebesar alas kaki) dikenakan hukuman gantung universiti selama satu semester. Mahasiswa yang terlibat dengan demontrasi mengancam keselamatan negara tidak diambil tindakan malah pernah berlaku di sebuah universiti terlibat dengan kempen pilihan raya umum 2004 tetapi didenda hanya RM 200 sahaja. Kenapa? Sekali lagi pentadbir universiti atau penasihat undang-undang universiti berkata“tidak baik mengenakan pelajar”.









Demonstari menghancurkan mahasiswa pro pembangkang

Demonstari menghancurkan mahasiswa pro pembangkang

Philip G. Altbach dalam artikelnya bertajuk Student Movement In Historical Perspective-The Asian Case menyatakan bahawa tiap-tiap Negara mempunyai keadaan-keadaan tertentu yang mempengaruhi pergerakan pelajar. Di Indonesia, Thailand, Iran dan Perancis sudah tentulah berbeza dengan Malaysia. Malaysia mempunyai undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 untuk mengawal kegiatan mahasiswa.

Di Malaysia sejak tahun 70an tradisi demontrasi sering diagungkan. Gerakan mahasiswa dilihat dari sudut gerakan demontrasi atas jalan raya. Majlis Perwakilan Pelajar yang berfungsi kononnya hanyalah berani berdemontrasi. Lantaran itu tradisi ini begitu kental di kalangan mahasiswa Universiti Malaya sehingga hari ini. Adakah ini baik untuk gerakan mahasiswa? Atau baik untuk keharmonian negara?

Mahasiswa berpolitik

Apakah asas gerakan mahasiswa Malaysia? Menurut Abu Bakar dalam bukunya Mahasiswa Menggugat merumuskan bahawa kebanyakan kegiatan pelajar universiti adalah bercorak politik. Ini merangkumi pengajuran seminar, kegiatan pertubuhan, kenyataan akhbar, demonstrasi dan terlibat dengan parti politik. Keadaan ini tetap berlaku sekarang. Gerakan mahasiswa pro pembangkang seperti PMIUM sebagai kader PAS sejak 80 an dulu terus menggerakkan usaha mereka menawan kampus.

Namun hari ini gerakan mahasiswa pro pembangkang semakin lemah. Gelombang aspirasi sudah menawan kampus. Mahasiswa semakin matang untuk tidak memilih mahasiswa pro pembangkang yang jelas bersama dengan pembangkang seperti PAS di kampus sejak 80an.

Demonstrasi mencemar imej mahasiswa

Mahasiswa tidak boleh menerima demonstrasi yang di adakan oleh mahasiswa sekarang. Kekalahan mahasiswa pro pembangkang adalah disebabkan oleh demontrasi sekarang. Bagi mahasiswa demontrasi bukanlah cara yang tepat menangani isu-isu semasa dalam negara. Kehancuran negara Indonesia kerana demonstrasi mahasiswa bukanlah contoh yang baik untuk menjaga keharmonian negara. Kemasukan agen asing seperti CIA, NED, ODC dan yahudi tidak boleh diterima oleh mahasiswa. Ini adalah satu proses pengkhianatan kepada negara.

Mahasiswa mahukan kaedah yang lebih baik seperti perundingan dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Demonstrasi jelas telah mencemar imej mahasiswa pro pembangkang. Demonstrasi seperti dalam jadual 1 merupakan antara demonstrasi yang menyebabkan imej mahasiswa pro pembangkang cukup tercemar. Pengajaran yang mereka perolehi ialah kalah dalam pilihan raya kampus. Ini menunjukkan demonstrasi tidak sesuai di Malaysia. Jika mahasiswa pro pembangkang mahu meneruskan kaedah ini teruskan jika mahu terus kalah. Kata Sun tzu “kemenangan dalam peperangan paling baik adalah kemenangan tanpa pertumpahan darah”. Bukankah kadangkalah senjata musuh boleh digunakan untuk membunuh musuh semula?

Demonstrasi Mahasiswa pro Pembangkang yang telah mencemar imej mahasiswa pro pembangkang. Lihat jadual 1


Koleksi Tulisan

Ini adalah dedikasi saya sejak 1999 lagi sebagai aktivis mahasiswa Malaysia. Tulisan yang telah dibuat begitu banyak. Saya hanya kumpulkan dalam blog ini sebagai satu cara untuk menyampaikan idea-idea lama saya mengenai mahasiswa. Terima Kasih.

MAHASISWA IDEALIS DAN PRO ASPIRASI KERAJAAN

MAHASISWA IDEALIS DAN PRO ASPIRASI KERAJAAN

Pilihan raya kampus sudah pun berlalu dengan menyaksikan satu perubahan yang besar dan mengejutkan. 17 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menjalankan pilihanraya secara serentak, 15 daripadanya telah berjaya dikuasai oleh calon pro aspirasi kerajaan. Yang masih bertahan ialah UM dan UIAM, bagaimanapun perubahan tetap berlaku apabila berlaku pertambahan kerusi di kedua-dua universiti ini. Sudah tentu dengan keputusan ini memberikan impak yang besar dalam menentukan corak kepimpinan mahasiswa yang sudah sekian lama dikuasai oleh pihak pembangkang.

Perlabelan

Isu perlabelan mahasiswa pro aspirasi kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat dibendung, malahan terlalu berleluasa digunakan oleh media massa sama ada media kerajaan atau pembangkang. Reaksi terhadap label ini pelbagai. Antaranya:

1. Kenyataan Muhammad Hisyamudin Baharudin, Naib Presiden PKPIM dalam Majalah Minda ruangan pendapat keluaran Edisi November 2003“ Isu perlabelan-proaspirasi kerajaan dan propembangkang tidak harus dipadang sebelah mata. Ini akhirnya menyebabkan anggota masyarakat di luar kampus beranggapan bahawa memang wujud kumpulan-kumpulan pelajar yang cenderung kepada politik yang bersifat kepartian. Media terus terang mencanangkan bahawa calon beberapa kampus manakala calon-calon pro pembangkang berjaya mengekalkan status quo di kampus-kampus veteran. Tindakan melabelkan calon ini harus dihentikan!”

2. Artikel Kamal Azman dalam Akhbar Mahasiswa Api Perjuangan, yang bertajuk “Gelombang pro aspirasi di kampus” keluaran November 2003, turut menggunakan istilah pro aspirasi kerajaan dan pembangkang. Katanya giliran mahasiswa pro kerajaan sudah mula menguasai kampus.

3. Berita bertarikh 5 September 2003 atau tahun-tahun sebelum ini yang melaporkan pilihanraya kampus seperti Berita Harian, Utusan, Harakah, laman web reformis, malaysiakini.com, dan lain-lain lagi.


Apakah kita akan menerima perlabelan seperti yang telah berlaku hari ini? Adakah istilah ini akan berkekalan? Jika begitu ertinya mahasiswa di negara ini mempunyai beberapa pilihan, iaitu membuat pilihan sama ada menyertai kem pro aspirasi kerajaan, pembangkang atau menjadi lebih intelektual mengkritik kedua-dua kem ini.

Apa susahnya membuat pilihan sama ada menjadi penyokong kuat kerajaan atau pembangkang. Membuat pilihan tidak bermakna meletakkan mahasiswa itu sebagai pemimpin kerajaan atau pembangkang. Menjadikan kita mahasiswa yang intelektualisme bukan diletakkan oleh orang lain tetapi kemampuan diri untuk menjadi seperti itu.

Ideologi Mahasiswa

Saya melihat isu perlabelan sebagai isu yang sihat. Kebangkitan dan keghairahan dalam kepimpinan kampus. Istilah atau label pula sentiasa berubah. Pada saya ini adalah perkembangan ideologi kampus. Jika dulu aliran komunisme, sosialisme, Pan Islamisme, dan nasionalisme, kini ideologi baru muncul iaitu pro aspirasi dan pro pembangkang. Ini tidak bermaksud aliran aspirasi dan pembangkang tidak pernah wujud kerana ia seringkali dimanifestasikan secara tidak ketara. Tetapi bermula tahun 2000 ia sudah menjadi istilah tegar dan terang-terangan sama ada berpihak kepada kerajaan atau pembangkang.

Kenapa menjadi ideologi? Faktor utama ialah persekitaran politik negara yang telah mempengaruhi gerakan politik mahasiswa. Mahasiswa menjadikan politik luar sebagai role model. Salah siapa? Menuduh kerajaan tidak adil kerana sejak tahun 70an lagi PAS sudah bertapak dan menebar pengaruh mereka di kampus. Bukankah sebelum ini aliran pro pembangkang menguasai kampus? Hanya tahun 2003 sudah berubah, Gelombang pro aspirasi kerajaan di kampus menjadi sindrom baru di kampus.

Kenapa perlu hipokrit? Dari mahasiswa sehingga kepada parti kerajaan dan pembangkang. Acap kali kita mendengar dari mana-mana pihak, jangan membuat label. Suara-suara ini bukan sahaja dari mahasiswa tetapi dari pemimpin parti. Bukankah isu label mahasiswa menjadikan mahasiswa semakin popular dari media seperti TV sehingga akhbar dan majalah? ia seperti menjadi ‘mahasiswamania’ bukan sekadar ‘Mahasiswa Juru Bicara Masyarakat’ tetapi lebih dari itu lagi.

Mahasiswa pro-aspirasi kerajaan dan Mahasiswa Idealis.

Tahun 2003, istilah dan ideologi yang dibawa oleh mahasiswa cuba dicorakkan lagi. Selepas pilihanraya kampus pada 4 September lalu terpampang di dada akhbar dan laman web mahasiswa tentang ‘pro aspirasi kerajaan, pembangkang dan istilah baru iaitu ‘mahasiswa idealis’. Mahasiswa pro pembangkang sudah bertukar kulit kepada mahasiswa Idealis. Beberapa tahun yang lalu akhbar-akhbar tabloid pro pembangkang khususnya harakah menjadikan isu kemenangan mahasiswa pro pembangkang sebagai tajuk utama muka depan, menunjukkan mahasiswa IPTA bersama-sama dengan parti pembangkang. Mari kita imbas kembali laporan media massa yang melaporkan pilihanraya kampus 5 September 2003 lalu. Rujuk jadual 1.
Laporan media seperti jadual 1 adalah seperti medan perang untuk melaporkan tentang pilihanraya kampus. Media yang lemah melaporkan berita terkini akan ketinggalan, lemah dan tidak popular. Walaupun berbeza pendapat tetapi menghidupkan suasana pilihanraya kampus, unik di dunia kerana pilihanraya kampus sudah seperti pilihanraya umum negara, semua media massa memberi publisiti.

Namun yang menarik ialah, mengapakah Harakah lidah rasmi PAS secara mendadak menukar label pro pembangkang kepada Mahasiswa Idealis yang suatu ketika dulu mereka begitu gagah mencanangkan kepada rakyat Malaysia tentang mahasiswa pro pembangkang? Apakah ini satu taktik baru politik pembangkang? Atau menutup malu atas kekalahan besar calon mereka di kampus? Strategi yang dirancang ini mudah dibaca. Adalah bijak sana menarik diri. Namun nampak bacul kepada mereka yang berperang mengundur diri mempertahankan prinsip perjuangan.

Kesangsian pertukaran label oleh media harakah dan laman web reformis sudah tentu mencetuskan keraguan. Ia berlaku selepas pilihanraya. Apakah lagi permainan media dan masyarakat kepada mahasiswa? Jika suatu ketika dalam akhbar ini saya pernah menulis tentang “Membetulkan persepsi masyarakat terhadap mahasiswa” nampaknya idea ini perlu digarap semula iaitu “Membetulkan persepsi mahasiswa terhadap masyarakat”. Masyarakat sangat dinamik dan boleh memperdayakan mahasiswa walaupun ia sebahagian daripadanya. Mahasiswa harus berhati-hati dengan masyarakat khususnya ahli politik yang boleh memerangkap mereka.

Kekalahan calon pro pembangkang di kampus cukup memalukan. Tiga universiti gagah dan dikatakan totok kepada pembangkang iaitu UKM, UPM dan USM jatuh ke tangan pro aspirasi kerajaan. Pendapat Kamal Azman, Akhbar Mahasiswa, artikelnya yang bertajuk “ Gelombang pro-aspirasi di kampus” cukup relevan. Katanya” Menanggalkan gelaran mahasiswa propembangkang dan menamakan dengan nama baru-mahasiswa Idealis, dianggap jalan paling selamat untuk membersihkan imej parti PAS dan sebagai satu usaha untuk menjana kekuatan semula kekuatan grassroot setelah hampir lumpuh di semua kampus”.

Implikasi kekalahan pro pembangkang di kampus, turut membawa kejatuhan Mahfuz Omar ketika itu sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS dalam Muktamar PAS baru-baru ini untuk merebut jawatan Naib Presiden. Bukankah Mahfuz mewakili golongan muda dan cukup popular dikalangan mahasiswa pro pembangkang?. Kegagalan pro pembangkang di kampus adalah kegagalan Mahfuz.

Mahasiswa harus terus mengembangkan idea baru. Mungkin ada baiknya selepas ini muncul golongan mahasiswa yang dipanggil mahasiswa neutralisme, anti partisan, anti Majlis Perwakilan Pelajar, ekstremis kebajikan, anti ekstremis Islamis, ektremis melayu, pejuang seni dan lain-lain lagi. Bagaimanapun idea baru muncul secara tiba-tiba seperti Mahasiswa Idealis yang lahir dari parti politik pembangkang mempunyai agenda yang tersembunyi. Maka mahasiswa harus bijak memikirkan perkara ini. - Sumber AM